

artikel terbitan
MAHASISWA UMNO
Isu Vaksin: Semakan Fakta Terhadap Artikel ' Malaysia Fades in Covid Fighters'
-------------------
Tarikh: 20 April 2021
Penulis: Biro Penengan UMNOSiswa Malaysia
-
Kelab Mahasiswa UMNO sedar akan ketegangan suasana yang semakin dirasai antara rakyat dengan institusi beraja negara mengenai isu vaksin, di mana adanya laporan portal berita berpusat di Hong Kong yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperoleh vaksin Sinofarm yang tidak diluluskan bagi kegunaan ahli keluarganya.

KEMISKINAN HAID:
PEMIMPINAN WANITA
PERLU CAKNA
Tarikh: 20 JANUARI 2021
Penulis: Nur Syareeza Abdullah
Pengerusi UMNO siswi
Merujuk kepada satu artikel mengenai Kemiskinan Haid yang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia sekarang ini sepatutnya menjadi satu tamparan kepada kepimpinan wanita supaya lebih cakna terhadap permasalahan ini. Hal ini kerana, isu ini telah berlarutan selama beberapa tahun tetapi perkara yang sama masih lagi berlaku.

POLEMIK MALAYSIA NEGARA ISLAM ATAU SEKULAR
Tarikh: 11 SEPTEMBER 2020
Penulis: SOFIYA TAMIZI
Universiti: KMU UITM Malaysia
Perbahasan berkenaan Malaysia negara Islam mahupun negara sekular, sebetulnya merupakan suatu perbahasan dengan naratif yang panjang dan pelbagai. Apabila kita menyebut soal negara Islam, perkara ini boleh dibincang dari pelbagai sudut pandangan yang berbeza misalnya dari sudut undang-undang dan melalui konteks siyasah (politik) Islamiyah itu sendiri.
Mengambil intisari daripada sebuah buku berjudul ‘The Principles of State and Government in Islam’ yang ditulis oleh Muhammad Asad; Dalam konteks siyasah, sekiranya kita mengkaji tatacara politik melalui Al Quran dan Sunnah, apa yang mungkin akan kita dapati adalah tidak ada pun dinyatakan bentuk spesifik mengenai negara Islam.

𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈: 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐙𝐀𝐋𝐈𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀
Tarikh: 3 OKTOBER 2020
Penulis: MUBARAK KUNYI
Jawatan: PRESIDEN UMNOSISWA MALAYSIA
Berikutan makluman yang baru-baru dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan dengan penangguhan pendaftaran secara fizikal, terdapat beberapa perkara yang membimbangkan terutamanya soal kebajikan mahasiswa.
Kelewatan makluman dan pendirian KPT yang berubah-ubah dilihat sebagai satu kelemahan yang tidak boleh diterima kerana ianya melibatkan soal kebajikan mahasiswa. Ramai mahasiswa yang telah merancang pergerakan awal mereka pulang ke kampus. Kos-kos perbelanjaan seperti tiket penerbangan, kos perjalanan dan yang paling utama adalah kos rumah sewa.

KERAJAAN PINTU MANA? PERSEPSI UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Tarikh: 3 OKTOBER 2020
Penulis: Muhammad Danish bin Izam
Ahli Kelab Mahasiswa UMNO UITM
Semenjak dua menjak ini, Malaysia digemparkan dengan fenomena politik yang luar dari jangkaan. Kerajaan yang dipegang teguh dari tahun 1957 sehingga tahun 2018 akhirnya jatuh kepada gabungan Pakatan Harapan. Terbaru, episod ini berlanjutan setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baru.
Kerajaan yang hanya memerlukan “simple majority” atau majoriti mudah dari kerusi dewan rakyat ternyata memain peranan yang amat penting dalam memberi impak yang sangat besar pada Pilihan Raya Umum.

TUNTUTAN UNTUK
MAHASISWA
Tarikh: 3 Oktober 2020
Penulis: Iman Norhizam
Ketua Penerangan
UMNOSISWA Malaysia
Bagai kaca terhempas ke batu!
Hakikatnya kerosakan telah berlaku dan ramai telah menerima akibat buruk daripada kekurangan pihak KPT dalam mengeluarkan makluman, termasuklah pengurusan IPT di seluruh Malaysia. Kini hanya satu perkara yang pihak - pihak bertanggungjawab ini perlu lakukan, iaitu menanggung beban yang mahasiswa terpaksa galas rentetan situasi ini!

MOHON KERAJAAN PERTIMBANGKAN BANTUAN ONE-OFF RM500 KEPADA MAHASISWA
Tarikh: 5 Oktober 2020
Penulis: Mubarak Kunyi
Presiden Kelab Mahasiswa UMN0 Malaysia
(UMNOSISWA)
KELAB MAHASISWA UMNO MALAYSIA MOHON KERAJAAN PERTIMBANGKAN BANTUAN ONE-OFF RM500 KEPADA MAHASISWA DAN MENYOKONG CADANGAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia (UMNOSiswa) menyokong cadangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato' DR ASYRAF WAJDI DUSUKI agar bantuan one-off RM 500 diberikan kepada mahasiswa yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini. UMNOSiswa Malaysia juga turut memohon kepada kerajaan agar mempertimbangkan cadangan ini.

KEMBALIKAN
TANAH LLA
KEPADA FELDA
Tarikh: 20 Oktober 2020
Penulis: Mubarak Kunyi
Presiden Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia (UMNOSISWA)
1. Ketika penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGV) di bursa saham sekitar tahun 2012 dahulu, FELDA telah memajakkan lebih 350,000 hektar tanah FELDA kepada FGV sebagai salah satu kaedah bagi memastikan FGV menjadi sebuah syarikat yang berjaya dan berdaya saing. Pemajakan tanah ini dilakukan melalui Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) antara FELDA dan FGV
2. Namun begitu, sejak penyenaraian FGV, syarikat tersebut mengalami kerugian apabila saham mereka jatuh, dimana secara tidak langsung keuntungan FELDA juga berkurangan. FELDA pernah mencatat keuntungan tertinggi pada 2011 iaitu sebanyak RM1.85 Bilion, hasil daripada operasi perladangan.

𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐀 :
𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐀𝐃𝐀𝐏
𝐔𝐌𝐀𝐍𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀
𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍
Tarikh: 3 November 2020
Penulis: Mubarak Kunyi
Presiden Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia (UMNOSISWA)
Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia (UMNOSiswa) melihat tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh UMANY sejak kebelakangan ini sebagai satu tindakan yang sangat melampau. Tindakan yang dilakukan oleh mereka bukan sahaja mencemarkan imej Universiti Malaya tetapi juga turut mencabar Perlembagaan Persekutuan.

TO:
UMANY
Tarikh: 3 November 2020|
Penulis: Mirza Adnan
Pengerusi Kelab Mahasiswa UMNO Universiti Malaya
(UMNOSISWA)
It is important to note that Our Constitution is not meant to be read on its literal meaning.
In the matter of the implementation of state emergency, Article 40 should be read together with Article 150 of the Federal Constitution. Article 150 clearly states, “If the Yang di-Pertuan Agong is satisfied that a grave emergency exists whereby the security, or the economic life, or public order in the Federation or any part thereof is threatened, he may issue a Proclamation of Emergency making therein a declaration to that effect”.

𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏 : 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀, 𝐃𝐈𝐀𝐍𝐀𝐊𝐓𝐈𝐑𝐈𝐊𝐀𝐍? 𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀
Tarikh: 6 November 2020
Penulis: Mubarak Kunyi
Pengerusi Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia (UMNOSISWA)
Sepertimana yang telah kita sedia maklum, hari ini pembentangan Belanjawan 2021 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan iaitu YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan di atas komitmen melalui Kementerian Kewangan memperuntukkan belanjawan kepada Kementerian Pengajian Tinggi iaitu sebanyak RM14.4 Billion.
Namun semua pihak juga telah sedia maklum bahawa mahasiswa juga merupakan golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Sesi pembelajaran yang perlu dijalankan secara atas talian, masalah melibatkan rumah sewa dan pelbagai masalah lain juga merupakan kesan yang perlu dipandang serius oleh kerajaan.

𝟒 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐖𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐈𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐀𝐇𝐋𝐈-𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏
Pelbagai cadangan dan harapan yang disuarakan oleh mahasiswa kepada UMNOSISWA. Saya telah menyampaikan 4 isu utama kepada DR ASYRAF WAJDI DUSUKI, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi dipanjangkan kepada ahli-ahli parlimen Barisan Nasional untuk dibahaskan dalam parlimen bermula hari esok. Berikut merupakan 4 cadangan yang akan dibangkitkan oleh ahli parlimen Barisan Nasional dalam sesi perbahasan :

Tarikh: 9 Oktober 2020
Penulis: Mubarak Kunyi
Pengerusi Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia
(UMNOSISWA)