
AKTIVITI DAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH MAHASISWA UMNO

📍PRU 15: FORMULA 1 LAWAN 1📍
Tarikh: 17 April 2021
Hari: Sabtu
Masa: 3.00 pm
Assalamualaikum wbt.
Dijemput kepada seluruh mahasiswa Malaysia untuk sama-sama menyertai slot ini dan menjayakannya.
#MahasiswaUmno
#UMNOSiswa
#MahasiswaPencetusKebangkitan

Adakah #𝐔𝐍𝐃𝐈𝟏𝟖 penting?
Adakah 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐝𝐚 sangat digeruni?
Kenapa 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 tapi dilambat-lambatkan?
Datanglah ke forum dalam talian ‘UNDI18 : Apa lagi 𝐀𝐋𝐀𝐒𝐀𝐍 kerajaan? Bersama panel kita yang berwibawa untuk membahaskan perkara ini!
📅 Tarikh: 29 Mac 2021 (Isnin)
⌚ Masa: 9:00 malam
💻 FB Live: Parti MUDA Negeri Sembilan
𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐀
#UMNOSISWA

UNDI 18: KEMATANGAN ATAU HAK?
Had umur pengundi di negara kita sudahpun diturunkan kepada 18 tahun selepas ianya diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan sokongan majoriti.
Sukacitanya ini, Wawasan UIAM Gombak bersama GPMS UIAM dan Kelab Mahasiswa UMNO Gombak akan menganjurkan satu forum khas untuk mahasiswa membahaskan isu tersebut.
Forum ini bermatlamat untuk;
1️⃣ Membincangkan dengan lebih terperinci kewajaran UNDI 18 di dalam negara kita.
2️⃣ Mengetahui faktor utama kepada perubahan had umur pegundi di dalam negara kita.
3️⃣ Membincangkan kesan terhadap aspek politik, sosioekonomi dan pendidikan di Malaysia pada jangka masa panjang.

Perihal Mahasiswi dan politik kampus, satu perbincangan
Tema bagi Hari Wanita Sedunia pada tahun ini adalah ““Women in leadership: Achieving an equal future in a COVID-19 world”.
Tema ini memberikan penekanan terhadap peranan wanita menjadi pemimpin di dunia terutamanya semasa pandemik virus Covid-19. Pada tahun 2020 iaitu ketika dunia dilanda wabak Covid-19, terdapat pelbagai perkembangan yang dapat dilihat terutamanya penyertaan wanita di dalam pucuk pimpinan khususnya pimpinan politik. Perkembangan yang paling signifikan adalah perlantikan naib presiden wanita yang pertama di dalam sejarah Amerika Syarikat iaitu Kamala Harri

Menyedari bahawa Malaysia sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, tetapi ada yang menyatakan bahawa undang undang syariah tidak sesuai dipergunakan pada zaman ini.
Adakah ia benar?
Hanya undang undang sivil sahaja layak untuk dilaksanakan di Malaysia?
Pihak KONGRES NASIONAL 2021 membawakan kepada anda untuk jawab segala persoalaan anda
🔹 PERKASA UNDANG UNDANG SYARIAH, DIMANA AHLI PARLIMEN?🔹

Suara Pemuda Hang Tuah Jaya !
Topik : Undi 18 : Cabaran Baru Buat Barisan Nasional (BN).
Tarikh : 5 Mac 2020 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Moderator : Saudara Danieq Afifi
Panel Undangan 1 : Saudara Boovenswaran Munusamy
Ketua Pemuda MIC Hang Tuah Jaya
Panel Undangan 2 : Saudara Harris Daniel Hermee - UMNOSISWA

MENGAPA MAHASISWI PERLU CAKNA SOAL NEGARA?] 🇲🇾
Kebelakangan ini pelbagai isu melibatkan wanita hangat diperkatakan seperti isu sugar baby, masalah keganasan rumah tangga, depressi dan sebagainya. Bagi membincangkan mengenai kepentingan mahasiswi cakna mengenai negara Siswipas akan menganjurkan bual bicara:
🎙️ Panel 1: Nurul Hidayah Zakaria
(Ketua SiswiPas Malaysia)
🎙️Panel 2: Nur Syareeza Abdullah
(Pengerusi UMNOsiswi Malaysia)

DISKUSI: KACAMATA MAHASISWA
SOLUSI KEPADA IMPAK COVID-19
Sukacita dimaklumkan bahawa, Kelab Mahasiswa UMNO Gombak akan melancarkan sebuah forum, hasil kolaborasi bersama Kelab WAWASAN UIAM Gombak, yang akan membincangkan mengenai pandangan mahasiswa terhadap solusi bagi impak covid-19 yang telah melanda negara sejak Mac 2020.
Forum ini akan mengupas peranan mahasiswa dalam membantu agensi-agensi bertanggungjawab untuk membaik pulih kelumpuhan aspek penting negara terutamanya dari segi sosial, politik dan ekonomi. Oleh itu, kami bawakan khas mahasiswa-mahasiswa dari setiap aspek tersebut bagi mendengar buah fikiran bernas mereka. Selain itu, ini juga merupakan pentas terbaik untuk kita menajamkan lagi idea pemerkasaan mahasiswa di Malaysia.

Sembang Santai, Apa Cerita Orang Muda!
TAJUK : Gaya Pendidikan Dalam Norma Baharu 'Pendidik & Pelajar' Mudah atau Sukar?
Moderator: Saudara Ahmad Asif Sharudin
Panel Undangan 1 : Saudara Mubarak Kunyi
Presiden Kelab Mahasiwa UMNO Malaysia
(UMNOSISWA)
Panel Undangan 2 : Suadara Iqbal
(Guru Sekolah)
#SembangSantai
#ApaCeritaOrangMuda
#MahasiswaPencetusKebangkitan
#UMNOSISWA

Ayuh saksikan Forum Bual Bicara Orang Muda :-
MANTUL BEB!!! secara LIVE FB WATCH di Media rasmi KOMUNIKASI BN
Tetamu jemputan :-
1. Sdr. Iman Norhizam
Ketua Penerangan UMNOSISWA Malaysia & Pengerusi UMNOSISWA UiTM
2. Sdri Nur Syareeza Abdullah
Pengerusi Mahasiswa UMNO UTHM
Dihostkan oleh
Sdr. Shafiq Fhadly
Tajuk yang panas iaitu
Barisan Nasional Pilihan Orang Muda .
Jangan lupa setkan pada telefon anda ya!!!
Sudah semestinya sensasiii..!!!

[AM Session E-Symposium
- 19 December 2020]
PERANAN MEDIA SEBAGAI MEDIUM PERANTARA KERAJAAN DAN RAKYAT
Jangan lupa temujanji kita esok bersama-sama moderator dan panel-panel yang hebat!#mentionesymposium#mention@mentionfssk

[ULANG TAHUN PERTAMA, KAMI]
Pertamanya, jutaan terima kasih kepada semua pejuang parti UMNO yang terus bersama tidak kira kita berada dalam kerajaan atau pun tidak.
Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu Datuk DR ASYRAF WAJDI DUSUKI kerana telah memberi ruang dan peluang kepada kami bagi terlibat secara terus bersama parti dengan penubuhan Kelab Mahasiswa UMNO. Dan tidak lupa juga, kepada kekanda kami, Saudara Farhan Khairuddin, EXCO Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Sekretariat Mahasiswa dan Pendidikan di atas segala tunjuk ajar serta ruang dan peluang kepada kami anak-anak muda mahasiswa dalam melontarkan idea untuk membantu parti UMNO tercinta.

[ PERANAN PARTI POLITIK DALAM MEMBENTUK MAHASISWA BERJIWA NEGARAWAN ]
Kami MAHASISWA UMNO (UmnoSiswa) berbesar hati atas jemputan tersebut dan kami ingin menjemput anda semua ikuti perbincangan tentang *"Peranan Parti Politik Dalam Membentuk Mahasiswa Berjiwa Negarawan"* yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
WAKTU: 9.15 MALAM
TARIKH: 29 NOVEMBER 2020 (AHAD)

FORUM SEMBANG SAMPAI oleh KELAB MAHASISWA UMNO UiTM
“PENDAULAT BANGSA MALAYSIA: PENGALAMAN ATAU KEMAMPUAN”
Tarikh: 26 November 2020
Masa: 9:00 P.M
FB Live: Kelab Mahasiswa UMNO
#MahasiswaPencetusKebangkitan
#UMNOSiswa
#UMNOSiswaUiTM
#SuaraMahasiswa

PERHATIAN
Jangan lupa saksikan Pencak Bicara tentang:
BELANJAWAN 2021: APA UNTUK MAHASISWA?
Butiran:
14 NOVEMBER 2020 (SABTU)
9:30 MALAM
SIDANG LIVE DI FACEBOOK NEXTSTEP
#MahasiswaPencetusKebangkitan
#UMNOSiswa
#SuaraMahasiswa

Forum Sembang Sampai‼️
Belanjawan 2021: Tiada Mahasiswa?
Forum sembang sampai pada malam ini mengenai Belanjawan Negara 2021 yang menyentuhkan isu Mahasiswa. Sama-sama kita saksikan pada jam 9 malam ini.
#MahasiswaPencetusKebangkitan
#UMNOSiswa
#SuaraMahasiswa

[SESI RUANG BICARA 'HARD TALK' KMUM]
KMUM mengambil maklum berkaitan polemik dan perbezaan pandangan yang begitu ketara dalam masyarakat berkaitan isu ini sejak kebelakangan ini.
Atas dasar menyedari salah satu peranan mahasiswa sebagai ejen pencerah bagi masyarakat, KMUM terpanggil untuk menyediakan satu ruang bicara berbentuk ‘hard talk’ bagi membincangkan isu ini secara kritikal dan matang dari kedua-dua belah pihak yang berbeza pandangan.

SEMBANG SAMPAI ‼️
Krisis Air Selangor
Apakah kesudahannya?
Sama-sama kita saksikan
sembang sampai pada
25/10/2020 (Ahad), jam 9 Malam
#MahasiswaPencetusKebangkitan
#UMNOSiswa
#SuaraMahasiswa